Home Nasional Jangan sebar, muat naik gambar Nur Afini

Jangan sebar, muat naik gambar Nur Afini

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan agar tidak agar tidak menyebarkan, memuat naik atau berkongsi kandungan gambar-gambar Allahyarham Nur Afini Roslan, 14, melalui media sosial dan aplikasi komunikasi.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, perbuatan tidak beretika itu adalah satu kesalahan di bawah undang-undang negara khususnya Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 dan/atau tidak melebihi satu tahun penjara, jika sabit kesalahan, kata MCMC dalam kenyataan di sini.

Dalam kejadian semalam, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, dekat Gemas maut selepas bilah mesin rumput melantun dan terkena kepalanya.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua rakannya turut mengalami kecederaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast