Harry Kane.

TURIN – Penyerang Tottenham, Harry Kane terus menampilkan aksi konsisten selepas menjaringkan satu gol untuk membantu Spurs seri 2-2 menentang Juventus dalam aksi pusingan pertama 16 akhir kejohanan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Kejayaan itu menyaksikan Kane kini berada di kedudukan kedua penjaring terbanyak dalam kejohanan berprestij kelab Eropah itu musim ini.

Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo ketika ini mengungguli kedudukan pendahulu penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dengan sembilan gol.

Jumlah jaringan diraih Kane dalam kempen kejohanan Eropah itu membolehkan dia menyamai rekod pemain Inggeris terbanyak Steven Gerrard ketika musim Liga Juara-Juara 2008/2009.

Dalam perlawanan tersebut, Kane menjaringkan gol pembukaan buat Spurs pada minit ke-35 manakala satu lagi gol kelab itu diraih menerusi Christian Eriksen sewaktu minit ke-71.

Sementara dua gol Juventus, dijaringkan oleh Gonzalo Higuain seawal minit kedua dan penalti ketika minit kesembilan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast