Home Nasional Anifah minta kes Richard Lau dipercepatkan

Anifah minta kes Richard Lau dipercepatkan

Anifah Aman ketika mengadakan pertemuan dengan Richard Lau di UAE semalam.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anifah Aman yang mengadakan pertemuan dengan Pihak Berkuasa Ras Al Khaimah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah memohon pertimbangan agar jurutera Malaysia, Richard Lau yang ditahan sejak Disember lalu dibebaskan dengan jaminan.

Pertimbangan itu dibuat tertakluk kepada peruntukan undang-undang tempatan sementara menunggu kes beliau disebut di mahkamah.

Menteri Luar Negeri itu turut memohon pertimbangan agar kes beliau dapat diselesaikan secepat mungkin.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataannya berkata, Pihak Berkuasa Ras Al Khaimah telah menyatakan kesediaanmempertimbangkan permohonan ikat jamin Richard secara positif berlandaskan peruntukan undang-undang UAE dan menyelesaikan kes itu segera.

Anifah telah melawat Richard untuk memaklumkan kesediaan Kerajaan UAE mempertimbangkan permohonan ikat jamin dan menyelesaikan kes beliau.

Richard yang dalam keadaan sihat dinasihatkan mematuhi peraturan perundangan
tempatan sehingga kes ini diselesaikan sepenuhnya.

Anifah mengingatkan setiap rakyat Malaysia yang melawat negara asing untuk sentiasa berhubung dengan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara dan mematuhi undang-undang negara berkenaan.

Terdahulu Anifah membuat mengadakan kunjungan hormat kepada Sheikh Saud bin Saqr Al Qasimi, Pemerintah Emiriah Ras Al Khaimah di Istana Khuzam sempena lawatan kerja sehari ke wilayah itu.

Dalam pertemuan hampir sejam tersebut banyak perkara melibatkan kepentingan bersama telah dibincangkan termasuk perkembangan hubungan dua hala antara Malaysia – UAE, isu- isu semasa di rantau Asia dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast