Home Nasional Isteri Peguam Negara buat laporan polis terhadap Raja Petra

Isteri Peguam Negara buat laporan polis terhadap Raja Petra

Raja Petra Kamarudin

KUALA LUMPUR – Isteri Peguam Negara Tan Sri Muhammad Apandi Ali baru-baru ini membuat laporan polis terhadap artikel  Raja Petra Kamarudin yang mendakwa suaminya dipengaruhi oleh pihak luar dalam membuat keputusan.

Puan Sri Faridah Begum Abdullah dilaporkan membuat laporan  di Balai Polis Desa Sri Hartamas dengan merujuk artikel yang disiarkan dalam sebuah portal.

Beliau yang enggan mengulas lanjut menyerahkan siasatan kepada polis.

Dalam pada itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa dipetik sebagai berkata, pihaknya kini sedang meneliti kes berkenaan.

“Kes ini dikendalikan oleh Unit Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, sementara siasatan dibuat mengikut Seksyen 500, Kanun Keseksaan kerana membabitkan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast