Azman Ismail

SUBANG – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menambah sebanyak 16 lagi kemudahan kiosk tambah nilai Touch n’ Go di kawasan Rehat dan Rawat (R & R) sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan sempena sambutan Tahun Baru Cina esok.

Pengarah Urusannya,  Datuk Azman Ismail berkata, ia bertujuan untuk melancarkan aliran trafik di lebuh raya semasa orang ramai balik kampung.

Katanya, ketika ini sebanyak 9,200 lokasi disediakan kemudahan yang sama untuk memudahkan pengguna bersiap awal mengelak kesulitan semasa meneruskan perjalanan ke utara dan ke arah selatan semasa perayaan.

“Seperti biasa kita tidak menyediakan kaunter tol tambah nilai di sepanjang lebuh raya kerana ia menyebabkan kesesakan semasa musim perayaan yang mana aliran kenderaan adalah mencecah sehingga 1.6 juta unit di Lebuh Raya Utara Selatan.

“Malah setiap proses tambah nilai di kaunter tol memakan masa sehingga tiga minit untuk setiap kenderaan. Lagi pun penutupan lorong tambah nilai di musim perayaan kali ini ialah bersifat sementara semasa musim perayaan untuk menggalakkan penggunaan kiosk yang disediakan dan mengurangkan kesesakan,” katanya.

Terdahulu berliau telah menghadiri sidang media proses pemantauan udara bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di Persada PLUS hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir. Ismail Md. Salleh.

Dalam pada itu, Ismail pula mengulas mengenai Projek Lebuhraya Banting – Taiping dan katanya, projek itu masih dalam pembinaan dan 43 peratus kerja pembinaan dilaksanakan setakat ini.

Ketua Pengarah Lembaga Leburaya Malaysia, Datuk Haji Ismail Md Salleh bercakap pada sidang media Pemantauan Trafik Dari Udara sempena Cuti Perayaan Tahun Baharu Cina di Dewan Bankuet, Menara Korporat, Persada PLUS, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 15 FEBRUARI 2018

“Kita akan melaksanakan pembinaan secara berperingkat dan dijangka siap menjelang 2020 dan ia akan membantu kelancaran lebuh raya juga,” ujarnya.

Sementara itu, Shaharuddin pula menegaskan, JPJ  memberi fokus kepada lapan kesalahan utama untuk memastikan pengguna lebuh raya mematuhi segala peraturan yang ditetapkan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2018.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Seri Shaharuddin Khalid bercakap pada sidang media Pemantauan Trafik Dari Udara sempena Cuti Perayaan Tahun Baharu Cina di Dewan Bankuet, Menara Korporat, Persada PLUS, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 15 FEBRUARI 2018

Antara kesalahan itu ialah tidak mematuhi lampu isyarat, memotong garisan berkembar, meggunakan telefon bimbit, tidak memakai tali pinggang keledar dan memandu di lorong kecemasan.

“Dalam tempoh tujuh hari pelaksanaan Ops Selamat bersepadu ini iaitu dari 9 Februari hingga sekarang sebanyak 24,268 kenderaaan diperiksa manakala 25,000 kenderaan telah didenda atas kesalahan berganda.

“Hasil pemantauan kami mendapati rekod kesalahan dalam kalangan pengguna jalan raya termasuk di lebih raya masih tinggi,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast