Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata anugerah itu merupakan kejayaan penting bagi syarikat yang telah beroperasi selama hampir 15 tahun.
“Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan kepada usaha bersama warga kerja, ejen dan rakan kongsi perniagaan Takaful IKHLAS.
“Usaha mereka yang berterusan serta pelaksanaan strategi utama kami telah menggerakkan Takaful Ikhlas dalam menyediakan perlindungan kepada lebih dua juta pemegang polisi, terdiri daripada individu dan syarikat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Takaful IKHLAS menawarkan pilihan produk bagi kenderaan dan bukan kenderaan di bawah portfolio takaful am, termasuk pelan menyeluruh untuk perlindungan kenderaan, bangunan dan aset lain.- BERNAMA