LONDON – Sebuah agensi model dikenali sebagai Ugly Model buat julung kalinya menyediakan perkhidmatan model hodoh.
Bersempena Minggu Fesyen yang berlangsung di ibu negara Britain itu, agensi itu menampilkan model-modelnya yang tidak seperti kelaziman demi membawa kelainan dan perubahan, kata pemilik agensi itu, Marc French.
“Ia bertujuan meraikan kepelbagaian sebenar dan membawa sedikit perubahan dalam dunia fesyen walaupun menggunakan model yang hodoh,” katanya.
French menggambarkannya sebagai sebuah agensi model ‘watak’ yang menyediakan pelbagai saiz dan rupa model termasuk gemuk, kurus, kecil dan lebar.
“Lihat saja pelakon Perancis, Gerard Depardieu. Beliau bukan saja popular tetapi penuh dengan watak dan karisma.
“Beliau seksi kerana pesona yang tenang dan sangat berbeza,”tambahnya. -MalaysiaGazette