Home Politik Tabung derma PPBM terus dikecam

Tabung derma PPBM terus dikecam

KUALA LUMPUR – Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melancarkan tabung derma untuk kegunaan gerak kerja parti itu, mendapat kecaman bekas pengasasnya.

Anina Saaduddin yang kecewa dengan perkembangan terkini itu dalam masa yang sama menyifatkannya sebagai memalu sebagai cubaan ‘mengikis’ rakyat.

Jelasnya, ia sangat ironi dengan laungan parti itu sebelum ini bahawa rakyat terhimpit dengan dakwaan kos sara hidup.

“Saya bercakap sebagai pengasas PPBM dan sayalah yang menamakan sayap wanitanya sebagai Srikandi. Saya tahu apa yang anda tidak tahu.

“Dibelakangnya adalah kroni dan keluarga jutawan tetapi mereka kutip derma dari rakyat yang mereka sendiri dakwa sedang menderita akibat GST,”katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook beberapa jam yang lalu.

Anina dalam masa yang sama menganggapnya sebagai memalukan Melayu.

Anina selain itu mempertikaikan sebab Tun Dr Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu menggunakan wang rakyat walaupun memiliki kekayaan yang luar biasa.

“Saya mula bertanyakan tentang dana parti. Saya pernah ke rumah Mukhriz Mahathir, ianya sebuah istana yang dapurnya sahaja sebesar banglo.

“Apabila saya selidiki dari mana datangnya wang yang begitu banyak untuk membina rumah sehebat ini, barulah saya ketahui bahawa beliau, memiliki 160 syarikat.

“Tidak lama kemudian ada pula yang membisikkan kepada saya bahawa jet peribadi Falcon 900LX itu dimiliki oleh anak Tun M.

“Saya terkejut tapi saya lebih terkejut apabila mendapat tahu bahawa Tun sendiri memiliki saham 50% dalam syarikat pembuat kapal terbang Jetfox!,” kata Presiden NGO Empirical Malaysia itu lagi.

Difahamkan, tabung Derma itu diwujudkan bertujuan membantu gerak kerja PPBM yang sedang dan terus dilakukan dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat dan penyertaan masyarakat umum bagi menjayakan impian menjadi kerajaan baru terlaksana. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast