MYANMAR – Petani di Aye Ywar kini menggunakan aplikasi percuma di dalam telefon demi mengawal serangan serangga di sawah padi.
San San Hla, 35, menggunakan aplikasi yang dikenali sebagai ‘Green Way’ untuk mendapatkan nasihat yang tepat mengenai cara penggunaan racun serangga, dengan bangga membuktikan kemenangannya dalam berdepan serangan pada musim panas itu.
“Kami sangat terbiasa dengan kaedah menanam padi yang diwarisi daripada ibu bapa.
“Tetapi selepas menggunakan aplikasi ini, saya mula memahami bagaimana seharusnya kami melakukannya.
“Lebih baik menggunakan teknik yang betul daripada hanya bekerja secara membabi-buta,” katanya dipetik sebagai berkata.
San merupakan kumpulan petani lama dan kini melakukan perubahan dengan menggunakan teknologi untuk berdepan jurang pengetahuan di negara yang dua pertiga tenaga kerjanya menceburi bidang pertanian.
Aplikasi itu adalah hasil ilham dua bekas pelajar pertanian pada 2011 yang menubuhkan laman web untuk membantu petani. Mereka sentiasa memastikan maklumat diperbaharui. – MalaysiaGazette