Home Sukan Antonio Conte miliki cara jinakkan Barcelona

Antonio Conte miliki cara jinakkan Barcelona

Antonio Conte

ENGLAND – Antonio Conte percaya beliau sudah mengenalpasti kelemahan utama Barcelona dan bersedia untuk menjinakkannya menjelang aksi liga Juara-Juara Eropah pada pagi Selasa ini.

Pengurus Chelsea itu berkata, pasukan gergasi La Liga Sepanyol itu tidak kuat dalam aspek mengawal bola di atas padang dan ia kelemahan utama yang dikenalpasti beliau.

the Blues akan menerima kunjungan pendahulu La Liga itu ke Stamford Bridge awal pagi esok.

Chelsea pula akan bertanding ke Nou Camp untuk perlawanan timbal balik tiga munggu kemudian.

Conte dilaporkan membaca corak permainan Barcelona sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan melontar amaran kepada anak muridnya tidak terlalu fokus kepada Lionel Messi.

“Kami telah menganalisis pasukan (Barcelona) ini kian lama sejak sebulan lalu.

“Kita di sini berbicara tentang salah sebuah pasukan terbaik dunia dan sedang cuba menunjukkan aksi terbaik nanti.

“Mereka adalah pihak lawan yang sangat berbeza dan memiliki karakter baik dalam mengedalikan bola atas padang.

“Namun, mereka juga mempnyai kelemahan tanpa bola dan itu yang kami akan dedahkan semasa perlawanan nanti dengan taktik kawal bola dan serangan mengejut,” ujarnya.

Messi tidak pernah menjaringkan gol ke atas Chelsea dalam lapan pertemuan sebelum ini yang dianggap rekod buruk untuknya.

Conte berharap untuk sekali lagi terus ‘mendiamkan’ superstar Argentina itu kali ini.

“Saya berharap kami kekalkan tradisi itu ke atas pemain hebat itu.

“Ini bukan laluan mudah untuk kami berdepan antara pasukan terbaik dunia, tetapi kami akan berdepan misi sukar ini secara berkumpulan dan sangat bahaya jika fokus Messi sahaja,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast