Home Ekonomi CIMB Investment menang 12 anugerah

CIMB Investment menang 12 anugerah

KUALA LUMPUR – CIMB Investment Bank dinobatkan sebagai institusi kewangan terbaik dalam perbankan pelaburan bagi mengiktiraf keupayaannya yang kukuh dan inovatif dalam pasaran modal, ekuiti dan ruang pembiayaan perdagangan.

Pengiktirafan itu membolehkan CIMB Investment menggondol 12 anugerah serantau yang diterima pada majlis Anugerah Urus Niaga dan Penyelesaian Terbaik Asia Tenggara Alpha baru-baru ini.

Sebanyak 12 anugerah itu termasuk Firma Terbitan Bon Terbaik Tahunan di Asia Tenggara 2017 dan Urus Niaga Terbitan Saham Awam Terbaik di Asia Tenggara 2017, Urus Niaga Sukuk Terbaik di Asia Tenggara dan Urus Niaga Sukuk Paling Inovatif di Asia Tenggara 2017.

Urus Niaga Kewangan Mampan Terbaik Tahunan di Asia Tenggara dan Urus Niaga Kewangan Islam Paling Inovatif Tahunan di Asia Tenggara 2017, Urus Niaga Wakalah Terbaik di Asia Tenggara dan Urus Niaga Kewangan Islam Terbaik Tahunan di Asia Tenggara 2017, Urus Niaga Wakalah Paling Inovatif Tahunan di Asia Tenggara 2017 dan Urus Niaga Ijarah Terbaik di Asia Tenggara 2017.

Selain itu, Anugerah Urus Niaga Pinjaman Terbaik Tahunan di Asia Tenggara  dan Urus Niaga Amanah Pelaburan Hartanah Islam Terbaik Tahunan di Asia Tenggara 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast