LIMA – Bekas pemimpin Peru, Alberto Fujimori yang mendapat pengampunan presiden bagi kesalahan rasuah dan penganiyaan hak asasi manusia akan menghadapi satu lagi perbicaraan mahkamah.
Kali ini perbicaraan melibatkan kes kematian enam petani di bandar Pativilca semasa pemerintahannya pada tahun 1992.
Mahkamah B Jenayah Kebangsaan yang membebaskan Fujimori pada Disember lalu berkata, Fujimori tidak akan diberi pengecualian daripada perbicaraan ini.
Disember lalu, Fujimori mendapat pengampunan dari Presiden Pedro Pablo Kuczynski ketika menjalani hukuman 25 tahun penjara.
Tindakan Kuczynski itu mendapat bantahan daripada beberapa kumpulan hak asasi manusia dan rakyat negara itu.
Mahkamah itu berkata, Fujimori, 79, boleh merayu terhadap keputusan itu, kata jurucakap kehakiman kerajaan.
Peguam Fujimori pula memberitahu radio tempatan rayuan ke mahkamah tertinggi sedang dianalisis. – MalaysiaGazette