Tan Sri Mohamad Aziz

JOHOR BAHRU – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Tan Sri Mohamad Aziz selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur, hari ini.

Pegawai Khasnya, Mohd Fahminuddin Mohd Zain, dalam satu kenyataan di sini malam ini berkata, pembedahan tersebut berjalan lancar dan beliau kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Mohamad, 78, yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO dan bekas Ahli Parlimen Sri Gading dirawat di pusat perubatan berkenaan sejak 8 Feb lalu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast