KUALA LUMPUR – Pelakon Elfira Loy telah memadam semua foto sewaktu bersama bekas tunangnya, penyanyi Sufian Suhaimi di laman Instagramnya termasuklah gambar-gambar semasa detik terindah pertunangan mereka.
Pada masa sama, aktres drama Separuh Jiwaku ini turut memuat naik sekeping foto dengan luahan rasa sedih.
“Saat kau merasa jatuh, saat itu Allah sedang menangkapmu. Saat kau merasa sedih, saat itu Allah sedang memelukmu. Saat kau merasa hampa, saat itu Allah sedang mengisimu. Saat kau merasa sepi, saat itu Allah datang kepadamu.
“Saat kau merasa sakit, saat itu Allah mengubatimu,” tulis Elfira yang mana kapsyen itu menerima lebih 99,000 komen.
Namun Sufian pula didapati masih menyimpan sekeping foto kenangan ketika majlis pertunangan mereka di Instagram.
Pada Sabtu lalu, ibu kepada Elfira iaitu Filzah Yusoff, 52, mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir dan pihak perempuan sudah memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor pada Ahad lalu.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.
Pada majlis pertunangan berkenaan mereka mengenakan dua persalinan masing-masing untuk majlis pertunangan dan juga sidang media. – MalaysiaGazette