KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 22 Februari hingga 28 Februari turun antara 6 sen seliter dan 7 sen seliter.

Harga runcit RON95 turun kepada RM2.17 seliter berbanding RM2.23 seliter minggu sebelumnya manakala RON97 ialah RM2.43 seliter berbanding RM2.50 seliter sebelum ini.

Harga bagi diesel pula turun kepada RM2.13 seliter berbanding RM2.19 seliter minggu sebelum ini.

Penurunan harga itu berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam ini.

Harga baharu itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi laman Facebook rasminya hari ini.

Mekanisme pengumuman harga minyak secara mingguan itu mula berkuat kuasa pada 29 Mac tahun lalu.

Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.

Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 15 hingga 21 Februari, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.23 seliter, RON97 (RM2.50 seliter) dan diesel (RM2.19 seliter). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast