Home Nasional Perlahankan kenderaan di Plaza Tol Batu 3, Sungai Rasau

Perlahankan kenderaan di Plaza Tol Batu 3, Sungai Rasau

Azman Ismail

SHAH ALAM – Pengguna jalan raya yang melalui Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau dinasihatkan memperlahan kenderaan masing-masing ketika menghampiri kawasan plaza tol dan mematuhi semua arahan papan tanda.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad Datuk Azman Ismail berkata, papan tanda amaran seperti had kelajuan kenderaan, dilarang memotong, lencongan di hadapan dan sebagainya disediakan untuk memberi peringatan kepada kira-kira 150,000 pemandu yang melalui kawasan itu setiap hari.

PLUS juga telah meletakkan kon-kon keselamatan berpelekat pemantul cahaya di lokasi untuk membolehkan pemandu mengetahui kedudukan lorong.

Katanya, lampu-lampu jalan turut dinyalakan pada waktu malam untuk membantu orang ramai.

Azman berkata, kerja-kerja pengurusan trafik dan penutupan lorong di Plaza Tol Batu Tiga bermula semalam manakala di Plaza Tol Sungai Rasau, ia bermula malam ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast