Home Ekonomi Produktiviti buruh naik 3.6% suku keempat tahun lalu

Produktiviti buruh naik 3.6% suku keempat tahun lalu

Projek-projek pembinaan akan memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

KUALA LUMPUR – Produktiviti buruh Malaysia tumbuh 3.6 peratus (RM85,031) pada suku keempat 2017 selepas mencatatkan 4.1 peratus (RM82,433) pada S3 2017.

Pada suku ini, ekonomi Malaysia berkembang 5.9 peratus (S3 2017: 6.2%) manakala pekerja meningkat 2.2 peratus (S3 2017: 2.0%).

Jabatan Perangkaan berkata, sektor pertanian mencatatkan pertumbuhan produktiviti buruh 4.8 peratus (S3 2017: 5.2%) pada RM55,490.

Nilai ditambah sektor ini meningkat kukuh pada 10.7 peratus (S3 2017: 4.1%) manakala pekerja pulih kepada 5.6 peratus (S3 2017: -1.1%).

Produktiviti buruh bagi sektor perlombongan dan pengkuarian pulih kepada 4.7 peratus (RM1,240,137) daripada pertumbuhan negatif 8.5 peratus pada suku sebelumnya.

Nilai ditambah sektor ini merekodkan penurunan marginal sebanyak 0.5 peratus (S3 2017: +3.1%) manakala pekerja jatuh pada kadar yang lebih laju 5.0 peratus (S3 2017: +12.6%).

Produktiviti buruh sektor pembuatan meningkat 3.6 peratus (S3 2017: 5.1%) pada RM115,434. Pada suku ini, nilai ditambah meningkat 5.4 peratus (S3 2017: 7.0%) manakala pekerja meningkat sedikit sebanyak 1.8 peratus (S3 2017:1.7%).

Sektor pembinaan merekodkan pertumbuhan produktiviti buruh 1.4 peratus (S3 2017: 4.8%) pada RM39,967. Pertumbuhan nilai ditambah sektor ini adalah 5.8 peratus (S3 2017: 6.1%) manakala pekerja meningkat 4.3 peratus (S3 2017: 1.2%).

Produktiviti buruh sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus (S3 2017: 3.7%) pada suku ini dengan nilai RM76,794.

Nilai ditambah sektor ini mencatatkan pertumbuhan 6.2 peratus (S3 2017: 6.5%) manakala pekerja meningkat 1.5 peratus (S3 2017: 2.7%).

Pada tahun 2017, produktiviti buruh meningkat 3.6 peratus (2016: 3.5%) dengan nilai RM81,039 (2016: RM78,244). Selari dengan peningkatan nilai ditambah pada 5.9 peratus (2016: 4.2%), pekerja meningkat 2.2 peratus (2016: 0.7%). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast