KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Abu Bakar Yahya nampaknya kecewa dengan sikap tidak sepakat parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu video ceramahnya yang tular di media sosial, bekas pemimpin Perkasa Selangor yang lebih dikenali sebagai Abang Burn itu ‘membalun’ kepimpinan PH dalam satu ceramah di Serdang baru-baru ini.

Menurutnya, jika sepakat dalam PH tidak dapat dilakukan bagaimana mereka mahu ‘menumbangkan’ Barisan Nasional dalam PRU-14 kelak.

“Kita ada 4 parti dalam PH, kita ada PKR, kita ada PPBM, kita ada DAP, kita ada Amanah (PAN)..tak kisahlah pusing ikut mana pun, kita ada empat parti.

“Tapi malan ini ceramah perdana PH, saya tengok PKR takda wakil, DAP takda wakil. Saya seorang sahaja kena lanyak wakil PPBM..eh kita nak lawan kerajaan BN lah yang ada berpuluh-pulih parti lain (komponen).

“Kita dalam PH ada 4 parti pun tak boleh bersatu macamana?” soalnya.

Bagaimanapun Bakar memberitahu, isu ramai wakil wanita dan pemuda yang keluar dari PPBM selama ini tidak memberi masalah kepada partinya kerana menganggap ia satu proses ‘pembersihan’ dalaman.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast