Sergi Roberto.

BARCELONA – Sergi Roberto akhirnya memilih menyambung kontrak bersama Barcelona sehingga tahun 2022, lapor Mail Online.

Sebelum ini, pemain antarabangsa Sepanyol itu mempunyai baki kontrak 18 bulan sebelum bersetuju memperbaharui kontraknya.

Keputusan Roberto, 26, itu bagaimanapun telah membuatkan Manchester City berputih mata kerana amat meminati pemain yang boleh bermain di pelbagai posisi itu.

Roberto merupakan produk pasukan remaja Barcelona dan harga klausa untuk pelepasannya dikatakan pernah mencecah £440m. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast