FRANKFURT- Pengerusi Geely Holdings, Li Shufu mengesahkan syarikat pengeluar kereta China itu membeli sebanyak 9.69 peratus kepentingan di dalam pembuat kereta Jerman, Daimler.

Beliau bagaimanapun menafikan mahu menambah lagi pegangan di dalam syarikat tersebut dalam masa terdekat.

“Daimler adalah sebuah syarikat hebat yang memiliki pengurusan kelas pertama.

“Ia merupakan satu penghormatan untuk menyokong pasukan unik pimpinan Dieter Zetsche pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, buat masa ini Geely Group atau mana-mana anak syarikatnya di Zhejiang Geely Holding Group berhasrat untuk menambah pegangan di dalam pengeluar Mercedes-Benz itu.

Zhejiang Geely memiliki Volvo Cars, LEVC iaitu pengeluar teksi hitam London, memegang AS3.3 bilion kepentingan dalam Volvo Truck serta menguasai 49.9 peratus pegangan di dalam Proton Holdings Bhd. selain turut terlibat dalam syarikat pemula kereta terbang, Terrafugia.

Semalam, terdapat laporan yang menyebut Li sedang mengatur gerak agresif untuk menjalin kerjasama dengan Daimler selepas mengambil alih pegangan 9.69.

Menurut sumber, matlamat strategik Li untuk bergabung dengan Daimler adalah bagi membangunkan kenderaan elektrik dan pandu sendiri supaya dapat bersaing dengan Tesla, Google dan Uber yang ketika ini sedang giat mengeluarkan kereta tanpa pemandu sendiri.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast