KUALA LUMPUR – Jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sudah mencukupi tetapi ia diharap dapat diteruskan setiap tahun, itu harapan rakyat di negara ini.
Bersyukur dengan pemberian yang diberikan oleh kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya dihargai, kata Noriza Abdul Latif, 45.
Noriza Abdul Latif. foto AQIRA AZEMI, 24 FEBRUARI 2018Jelasnya, bantuan yang diterimanya sejak tahun pertama ia dilaksanakan sehingga kini dirasakan mencukupi buatnya kerana dengan wang itu dia dapat membantu kos menguruskan kewangannya.
Ia membantu kepadanya menentukan membezakan keperluan dan kehendak kakitangan swasta itu.
“Kalau ikutkan memang tidak cukup, sebenarnya ia mengikut individu itu sendiri ia berbeza untuk yang pandai membahagikan dengan yang tidak.
“Saya setiap tahun daripada pertama kali BR1M dapat alhamdulillah cukup bagi saya, daripada tidak ada langsung,” katanya kepada Malaysia Gazette ketika ditemui hari ini.
Untuk rekod, BR1M mula dilaksanakan pada tahun 2012 dengan peruntukan sebanyak RM2.16 bilion.
Ia kemudiannya pada tahun seterusnya dibuat sebanyak dua kali setahun hinggalah kali ini yang merupakan tahun keenam.
Senada dengan Noriza, seorang ibu tunggal, Aziah Abdul Wahab, 59, berkata, jumlah RM1,200 sudah mencukupi baginya menjaga empat orang anaknya tetapi menyambut baik sekiranya ia mahu dinaikkan lagi.
“Kalau bujang cukuplah jumlah jangan dinaikkan, boleh juga nak naikkan yang berkeluarga punya jumlah tetapi jangan melampaulah. Sebab saya pun rasa cukup sekarang ini,” katanya.
Pendapat S. Ravy, 49, pula berbeza apabila mencadangkan jumlah BR1M dinaikkan kepada RM1,800 bagi yang berkeluarga sinonim dengan tanggungan dan kos kehidupan seharian yang meningkat.
Walaupun Ravy bukan penerima BR1M namun dia bersimpati dengan golongan yang kurang berkemampuan.
“Bagi saya walaupun saya tidak dapat BR1M kerana saya mengakui saya tidak memerlukannya tetapi bagi saya tidak cukup.
“Khususnya untuk yang bekeluarga sepatutnya ditambah kepada RM1,800.
“Semua barang pun gaji naik atau tidak harga tidak stabil jadi berpatutanlag jika dinaikkan, jumlah itu selesa sikit,” ujarnya.
Penerima BR1M untuk tahun ini terus kekal sama dengan tahun lalu iaitu RM1,200 bagi yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1,200 sebulan.
Manakala isi rumah yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 akan menerima BR1M 2018 sebanyak RM900.
Bagi mereka yang belum berkahwin dan mempunyai pendapatan bulanan tidak lebih daripada RM2,000 sebulan, BR1M yang diberikan adalah sebanyak RM450. -Malaysiagazette