KUALA LUMPUR – Seramai 31 pelajar jurusan komunikasi INTI International University kampus Nilai hari ini mengunjungi pejabat Malaysia Gazette (MG).
Mereka meluangkan masa selama dua jam setengah pada lawatan kali ini bagi melihat dengan lebih dekat perjalanan organisasi portal berita ini.
Rombongan yang diketuai Ketua Program Diploma dan Ijazah Komunikasi Massa universiti tersebut, Chan Pee Ven dan Pensyarah Penulisan Berita, Marian Awor.
Mereka diberi penerangan mengenai tugas seorang wartawan portal berita dan cabaran yang ditempuhi.
Selain itu mereka turut melawat unit produksi yang menghasilkan klip video menerusi segmen MGTV.
Para pelajar universiti tersebut turut mengambil peluang mencuba membaca berita malah ada yang mengambil kesempatan menjadi juruvideo, pengurus lantai dan pengarah.
Bagi melengkapkan lawatan kali ini mereka dibawa ke studio fotografi Malaysia Gazette untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana jurugambar bertugas dalam studio. – MalaysiaGazette
Dalam perkongsian di akaun TikTok rasmi baginda, Tuanku Azizah berkenan berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik beberapa foto sambil memegang kad pintar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).