Tengku Sariffuddin

KUALA LUMPUR – Kenyataan taikun dan usahawan Robert Kuok yang beliau menghargai setiap peluang yang diberikan kepadanya sejajar dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa bantuan kerajaan tetap menjadi “anak kunci” yang membuka peluang kepada kejayaan itu.

Setiausaha Akhbar kepada perdana menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata Najib dalam kenyataannya minggu lepas menyatakan bahawa walaupun rajin, berdisiplin dan tekun, bantuan kerajaan tetap menjadi “anak kunci ” yang membuka peluang kepada kejayaan tersebut.

“Perdana menteri menyatakan bahawa dasar-dasar kerajaan merupakan kunci yang telah membuka peluang di dalam bidang pendidikan, perniagaan dan pekerjaan yang akan membolehkan individu mencapai kejayaan.

“Beliau mengambil contoh kejayaan Robert Kuok yang menjadi individu terkaya di Malaysia, seorang yang rajin, berdisiplin dan tekun bekerja, yang mencapai kejayaannya setelah mendapat peluang untuk memonopoli perniagaan beras dan gula daripada kerajaan pada suatu ketika dahulu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya perdana menteri juga menyambut baik kenyataan yang telah dibuat Kuok bahawa beliau menghargai setiap peluang yang diberi kepadanya, selain mengiktiraf sumbangan yang dibuat masyarakat Malaysia dalam pembangunan negara.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast