Sebahagian umat Islam berkumpul dan menyatakan rasa bersyukur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dengan kes murtad dikendalikan oleh mahkamah syariah di Kuching, Sarawak hari ini.

KUCHING – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah Sarawak untuk mengendalikan kes murtad.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin berkata mahkamah sebulat suara mencapai keputusan untuk menolak rayuan empat orang Sarawak bagi mahkamah sivil mendengar kes murtad mereka dan memutuskan ia tiada merit terhadapnya.

Beliau berkata mahkamah menolak rayuan itu tanpa kos dan memutuskan isu yang dibangkitkan telah diselesaikan dalam kes-kes mahkamah yang lain.

Katanya walaupun tiada peruntukan bagi murtad tetapi ada peruntukan atas perkara mengenai tindakan memeluk Islam yang bererti Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa terhadap isu murtad.

Beliau berkata terdapat Seksyen 68 dan 69 Ordinan Majlis Islam Sarawak yang boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah Sarawak untuk mendengar perkara berhubung isu murtad dalam Islam.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast