Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bercakap sambil diperhatikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Penyerahan Kanvas Belia Tranformasi Nasional TN50 di Malaysia International Trade and Information Center (MITEC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2018.

KUALA LUMPUR – Transformasi Nasional 2050 (TN50) berpotensi untuk menjadi pengikat bangsa dan seluruh rakyat Malaysia pada 30 tahun akan datang, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Ini kerana input anak muda dalam menyumbang aspirasi TN50 mencakupi pelbagai aspek bermula daripada aspek ekonomi, sosial kepentingan keseimbangan pembangunan dan penjagaan alam sekitar sehinggalah kesepaduan rakyat, katanya.

Justeru semua aspek itu, katanya, akan menjadi sebahagian daripada proses pembangunan dan kemajuan negara menjelang tahun 2050.

“Mungkin TN50 boleh menjadi pengikat bangsa, mungkin TN50 menentukan perjalanan menjadi negara 20 teratas di dunia akan menggembeleng seluruh tenaga rakyat Malaysia akan membawa kita sebagai satu negara satu Malaysia yang berjaya dan menjadi satu negara yang terbaik,” katanya di acara simbolik penyerahan Kanvas Belia TN50 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini malam ini.

Tambah Khairy Jamaludin, TN50 yang kini menjadi sebutan juga pemangkin kepada bukti generasi muda hari ini berfikiran jauh dan terbuka menerusi sumbangan idea-idea.

Tiga orang model menunjukkan buku Falsafah Asas TN50 pada Majlis Penyerahan Kanvas Belia Tranformasi Nasional TN50 di Malaysia International Trade and Information Center (MITEC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2018.

“Saya sangat teruja sebab bermula daripada satu idea yang diilhamkan daripada Datuk Seri (Najib Razak) dalam ucapan belanjawan dua tahun yang lepas hari ini TN50 sudah menjadi satu gelombang, satu gagasan yang disebut-sebut di mana sahaja.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bercakap sambil diperhatikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Penyerahan Kanvas Belia Tranformasi Nasional TN50 di Malaysia International Trade and Information Center (MITEC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2018.

“Saya sangat teruja idea anak muda Malaysia mereka buktikan tidak hanya melihat masalah hari ini berpandangan jauh. Mereka buktikan memikirkan big question (persoalan yang besar),” tambahnya.

Secara rumusannya aspirasi TN50 yang dikumpul selepas setahun Khairy Jamaluddin menjadi peneraju mendekati golongan belia diakhiri dengan penyerahan Kanvas Belia TN50 yang berlangsung malam ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang turut serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hadir pada Majlis Penyerahan Kanvas Belia Tranformasi Nasional TN50 di Malaysia International Trade and Information Center (MITEC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2018.

Turut hadir selain adalah isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor  isteri Khairy Jamaluddin, Nori Abdullah dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Kanvas atau laporan TN50 itu menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai enam tema asas iaitu global, saksama, mampan, bersatu, bertanggungjawab dan prihatin.

Kesemua laporan secara keseluruhannya tidak akan diedar dengan bentuk cetakan sebaliknya menerusi atas talian yang mana akan dimuat naik di laman web mytn50.com/kanvasbelia. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast