STOCKHOLM – Penyerang veteran, Zlatan Ibrahimovic memberi gambaran awal yang dia bersedia untuk beraksi kembali dalam skuad kebangsaan Sweden pada Piala Dunia di Rusia.
Bintang Manchester United itu mengambil keputusan bersara dari pentas antarabangsa selepas Euro 2016.
Namun pemain berusia 36 tahun itu kini ditimpa masalah kecederaan sejak 12 bulan lalu.
“Saya memang rindu untuk beraksi dalam skuad kebangsaan. Jika saya mampu, saya akan lakukannya kerana saya percaya masih mampu memberikan persembahan terbaik,” kata kepada media Sweden, lapor AFP.
Bekas bintang Paris Saint-Germain itu hanya bermain dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini di bawah teraju.
Perlawanan terakhirnya pada Disember lalu yang menyaksikan dia digantikan pada rehat babak pertama sewaktu keputusan seri 2-2 menentang Burnley.
Sweden berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas juara dunia empat kali, Itali dalam aksi playoff timbal balik, November lepas.
Ibrahimovic telah mencipta rekod Sweden apabila menjaringkan 62 gol di pentas antarabangsa dalam 116 perlawanan.
Pasukan Scandinavians itu akan memulakan kempen pada Piala Dunia dengan menentang Korea Selatan di Nizhny Novgorod pada 18 Jun, sebelum aksi berikut dalam Kumpulan F bertemu juara bertahan, Jerman dan Mexico. – MalaysiaGazette