Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 44 orang individu disyaki menjadi keldai akaun atau ‘mule account’ selepas akaun mereka terlibat dalam kes jenayah siber, dalam Operasi Mule Account Siri 1/2018.

Pengarah JSJK Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata kesemua suspek yang terdiri daripada 17 lelaki dan 27 wanita berumur 21 hingga 27 tahun itu mempunyai rekod kes jenayah siber berulang melebihi lima laporan polis.

“Operasi berkenaan dijalankan serentak di seluruh negara dengan menyasarkan pemilik akaun yang mempunyai lebih daripada lima laporan polis melibatkan tiga modus operandi jenayah siber iaitu Macau Scam, African Scam dan E-Financial Fraud.

“Kebanyakan pemilik akuan yang ditahan terdiri daripada wanita yang rata-rata mempunyai hubungan dengan dalang selain daripada pelajar, suri rumah atau penganggur dan terlibat dalam 319 kertas siasatan jenayah siber membabitkan kerugian berjumlah RM17.29 juta,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini hari ini.

Menurut Amar Singh, ‘keldai akaun’ merupakan akaun milik individu yang telah disalah guna oleh sindiket atau ‘scammer’ bagi menjalankan sebarang transaksi tanpa atau diketahui oleh pemilik.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast