Pengarah filem The Shape of Water, Guillermo del Toro.

LOS ANGELES – Keunikan filem The Shape of Water menjadi pilhan juri apabila memilih karya itu sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Akademi ke-90 atau Oskar yang berlangsung di Teater Dolby, di sini hari ini.

Filem kontroversi itu berjaya menewaskan lapan karya hebat lain termasuk Call Me By Your Name, Dunkirk, Get Out, Lady Bird dan Three Billboards Outside Ebbing, Missouri yang turut dipertandingkan dalam kategori utama Oskar itu.

The Shape of Water mendapat pencalonan terbanyak pada majlis penganugerahan filem tertinggi di Hollywood itu menerusi 13 kategori biarpun berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana didakwa memplagiat sebuah naskhah teater sewaktu proses pengundian berlangsung, ia sedikit pun tidak menggoyahkan keyakinan pengundi terhadap

Namun kemenangan The Shape of Water dilihat menepati ramalan ramai pihak termasuk karyawan seni dan pengkritik filem Hollywood sejak musim anugerah edisi kali ini bermula sekitar akhir tahun lalu.

Pada masa sama, pengarah The Shape of Water kelahiran Mexico, Guillermo del Toro turut mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi kategori Pengarah Terbaik dengan menewaskan pencabar terdekatnya, Christopher Nolan yang dicalonkan menerusi filem Dunkirk.

The Shape of Water mengisahkan tentang percintaan luar biasa antara seorang wanita bisu dan seekor makhluk air yang turut memenangi dua kategori lain iaitu Skor Muzik Asal Terbaik menerusi hasil kerja oleh Alexander Desplat dan Rekaan Produksi Terbaik.

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH AKADEMI KE-90

Filem Terbaik: The Shape of Water

Pengarah Terbaik: Guillermo del Toro – The Shape of Water

Pelakon Lelaki Terbaik: Garyl Oldman – Darkest Hour

Pelakon Wanita Terbaik: Frances McDormand – Three Billboards Outside Ebbing, Missouri

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Sam Rockwell – Three Billboards Outside Ebbing, Missouri

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Allison Janney – I, Tonya

Lakon Layar Asal Terbaik: Jordan Peele – Get Out

Lakon Layar Adaptasi Terbaik: James Ivory – Call Me By Your Name

Filem Animasi Terbaik: Coco

Filem Bahasa Asing Terbaik: A Fantastic Woman (Chile)

Sinematografi Terbaik: Roger A. Deakins – Blade Runner 2049

Rekaan Kostum Terbaik: Phantom Thread

Rekaan Produksi Terbaik: The Shape of Water

Solekan dan Penggayaan Rambut Terbaik: Darkest Hour

Adunan Bunyi Terbaik: Dunkirk

Suntingan Filem Terbaik: Dunkirk

Suntingan Bunyi Terbaik: Dunkirk

Efek Visual Terbaik: Blade Runner 2049

Lagu Asal Terbaik: Remember Me (Coco)

Skor Muzik Asal Terbaik: Alexander Desplat – The Shape of Water

Filem Animasi Pendek Terbaik: Dear Basketball

Filem Pendek Terbaik: The Silent Child

Filem Dokumentari Terbaik: Icarus

Filem Dokumentari Pendek Terbaik: Heaven Is A Traffic Jam On The 405. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast