Home Ekonomi Tidak benar Tony Fernandes tinggalkan AirAsia

Tidak benar Tony Fernandes tinggalkan AirAsia

Tony
Tan Sri Tony Fernandes

KUALA LUMPUR – AirAsia menafikan dakwaan kononnya Tan Sri Tony Fernandes akan melepaskan jawatan di syarikat penerbangan itu untuk menyertai sektor teknologi kewangan (Fintech).

Fernandes adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan AirAsia X.

AirAsia dalam kenyataannya berkata, Fernandes komited dengan syarikat penerbangan itu akan terus memantau hala tuju strategik operasi perniagaan.

CNN Tech dalam laporan beritanya memaklumkan Fernandes akan melepaskan jawatan untuk memberi perhatian kepada syarikat barunya.

Bagaimanapun, dalam ruangan komen berita itu, Fernandes secara sinis berkata: “Sosial media hebat. Tetapi berita palsu semakin berkembang. tidak mudah untuk dikawal tetapi perlu berhati-hati”.

Secara realiti katanya, AirAsia melabur dalam Fintech seperti bigpayme dan jumlahnya dijangka besar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast