Home Dunia Buat panggilan video sebelum gantung diri

Buat panggilan video sebelum gantung diri

Gambar hiasan

PATTAYA – Seorang wanita Laos membuat panggilan video kepada suaminya untuk mengucap selamat tinggal sebelum menggantung diri.

Ketika panggilan itu dibuat, suami wanita itu berada di luar untuk minum bersama rakan-rakannya.

Polis dimaklumkan insiden itu berlaku pada pukul 4.30 pagi dan semasa polis tiba di Rompho Thong Court di selatan Pattaya, polis menemui suami mangsa, Watana Chinwong, 30 sedang memeluk tubuh isterinya, Wa, 36, di lobi bangunan berkenaan.

Watana memberitahu, dia meninggalkan bilik hotel itu pada pagi Ahad untuk minum dan tidak pulang sehingga dia menerima panggilan video dari isterinya yang memaklumkan mahu menggantung diri.

Lelaki itu bergegas balik ke bilik dan mendapati ia berkunci serta panggilan kepada isterinya tidak berjawab.

Watana meminta bantuan kakitangan hotel untuk membuka pintu dan mendapati isterinya telah menggantung diri dan keadaannya hampir tidak bernafas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast