Bekas Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berbincang sesuatu dengan Timbalan Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil Bersih 2.0, Shahrul Arman Mohd Saari pada sidang media mengenai kategori baru pengundi pos dalam usaha untuk memanipulasi hasil pilihan raya di Pejabat Bersih 2.0 Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 10 JANUARI 2018.

KUALA LUMPUR – Selepas desas desus mengatakan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ingin menjadi calon Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14), Maria kemudiannya meletakkan jawatan sebagai pengerusi NGO itu.

Dalam satu kenyataan Bersih 2.0 hari ini, perletakan jawatan Maria berkuatkuasa semalam.

“Bersih 2.0 berterima kasih kepada Maria atas sumbangan dalam perjuangan menuntut Pilihan Raya yang bersih dan adil selama 10 tahun dan kepimpinannya sejak tahun 2013.

“Walaupun gangguan, ugutan kepada beliau dan keluarganya serta penahanan beliau dalam Akta SOSMA pada tahun 2015, Maria tetap kekal membawa agenda untuk reformasi institusi,” tulis kenyataan berkenaan.

Dalam laporan media baru-baru ini, Maria dilaporkan menggunakan tiket PKR untuk bertanding pada PRU14.

Untuk rekod, Maria mengambil alih jawatan pengerusi organisasi pergerakan masyarakat sivil itu daripada peguam hak asasi dan aktivis, Datuk S. Ambiga pada 2013.

Bersih 2.0 sebelum ini keras menentang proses pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendesak satu pilihan raya yang bersih diadakan d negara ini.

Malah mereka turut menuntut SPR supaya menghapuskan kategori pengundi pos pada PRU14. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast