Foto Instagram Ziana Zain.

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Ziana Zain akhirnya muncul membuat kenyataan mengenai kontroversi rumahtangganya berhubung laporan polis yang dibuat ke atas suaminya, Armin Zaharin.

Wanita berusia 50 tahun itu memohon orang ramai untuk tidak membuat andaian sekiranya tidak pernah mengalami apa yang dia lalui.

Ziana meluah isi hatinya itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.

Selebriti itu dilihat mendapat sokongan dan kata-kata semangat dari netizen terhadap kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.

Selain itu, status Ziana di IG peribadinya menerima lebih 800 komen selain 18,000 likes.

Foto Instagram Ziana Zain.

Semalam, Armin dihadapkan ke Mahkamah Majistret selepas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam pada 25 Februari lalu.

Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast