KUALA LUMPUR: Ketiadaan kedutaan mahu pun wakil Malaysia di Palestin bukan bermakna kerajaan tidak bersungguh-sungguh menyokong kedaultan negara itu.

Sebaliknya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata,  tindakan Malaysia mengecam pengiktirafan Amerika Syarikat yang Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan membantah ke peringkat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjadi negara serius.

“Kita kena lihat secara holistik dan bukan sekadar melihat kedudukan untuk ada pejabat perwakilan kita di Ramallah yang penting bantuan perjuangan untuk Palestin dan orang-orangnya.

“Malaysa adalah sebuah negara yang sentiasa di barisan hadapan untuk pastikan akhirnya kedaulatan Palestin benar-benar terbentuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tumpat, Kamarudin Jaffar (PKR) sama ada kerajaan Malaysia berhasrat untuk menubuhkan kedutaan Malaysia di Palestin sebagai bukti sokongan kepada negara itu ketika persidangan Dewan Rakyat.

Menurut Reezal Merican, keperluan untuk menubuhkan kedutaan Malaysia di Palestin boleh dipertimbangkan selepas konflik Baitulmaqdis dan Palestin dalam diselesaikan menerusi perbincangan dua hala.

“Status akhir Baitulmaqdis mesti ditentukan melalui rundingan dua hala di bawah kerangka penyelesaian dua hala.

“Kemudian, keputusan Malaysia untuk membuka kedutaan di Baitulmaqdis hanya akan ditentukan setelah status muktamad mengenai rundingan itu diputuskan,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast