Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin bercakap kepada media selepas Mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AQIRA AZEMI, 08 MAC 2018

KUALA LUMPUR – Manifesto Pakatan Harapan (PH)  yang akan diumumkan malam ini hanya akan menjadi janji-janji manis sahaja, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Berdasarkan maklumat terkini mengenai manifesto parti itu yang telah tersebar iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Khairy Jamaluddin menyifatkannya sebagai pengiktirafan terhadap Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab memperkenalkannya terlebih dahulu.

“Berdasarkan kepada maklumat yang telah bocor, sebagai contoh kita lihat BR1M yang disebut sebagai dedak tetapi akhirnya diterima juga oleh pembangkang satu pengiktirafan kepada kerajaan BN.

“Jadi mungkin apa yang kita akan dengar sebelum ini adalah apa yang kita biasa sebut, janji-janji manis,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO di PWTC hari ini.

Malah Menteri Belia dan Sukan itu memberitahu, tawaran untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga diragui.

Apabila PH itu tidak memperjelaskan cara untuk menampung kerugian negara sehingga RM40 bilion akibat tindakan itu jika mereka berjaya menewaskan BN pada PRU14.

“Ada persoalan-persoalan besar seperti pemansuhan GST tetapi tidak disebut bagaimana mereka akan menampung kekurangan pendapatan sebanyak RM30 hingga RM40 bilion yang akan hilang sekiranya GST dimansuhkan tetapi seperti biasa mereka tidak akan perjelaskan bagaimana mereka dapat ganti dan menampung kekurangan pendapatan yang datang daripada segala janji yang mereka nak buat.

“Termasuklah penangguhan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan sebagainya. Apa yang membezakan kerajaan BN dan juga pembangkang adalah kita telah melaksanakan dan kita mendapat menunjukkan bagaimana kita nak melaksanakan janji-janji kita.

“Mereka hanya memberi janji sahaja tetapi tidak berjaya dan tidak mampu untuk menjelaskan bagaimana mkereka nak membiayai janji-janji mereka kecuali memberi kenyataan umum,” menurut beliau lagi.

Sebuah portal berita online semalam melaporkan antara janji PH pada PRU-14 adalah mengekalkan BR1M, menghapusan GST dan pengurangan beban PTPTN. -MalaysiaGazete

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.