Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 06 APRIL 2017.

KUALA LUMPUR – “Saya sering kali diminta buat ruling dan apabila ruling berkenan dihati Yang Berhormat itu,  mereka gembira tetapi jika tidak menepati rasa,  ada Yang Berhormat tergamak buat kenyataan di luar Dewan dan cabar saya letak jawatan,”

Itu kata Speaker Dewan Rakyat,  Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini semasa memberi amaran mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli parlimen yang masih mempersoalkan keputusan selepas usul mereka ditolak secara bertulis.

Tegasnya, apabila beliau sudah membuat ruling dan tafsiran menolak sesuatu usul mesyuarat, tidak perlu Speaker memberi alasan malah kaedah inilah juga dilakukan oleh parlimen lain di luar negara yang mengamalkan sistem seperti negara ini.

“Saya minta semua ahli-ahli Yang Berhormat membawa Peraturan Mesyuarat 41, 42, 43 dan 44. Baca itu semua. Ada Yang Berhormat pengamal undang-undang,” katanya.

Beliau turut mengingatkan Ahli Parlimen berhubung tindakan dikenakan terhadap Ahli Parlimen DAP Batu Gajah Fong Po Kuan kerana menghina Speaker Tun Zahir Ismail dan Dewan pada 2001.

Semalam, tiga ahli parlimen DAP Nga Kor Ming (Taiping), Ngeh Koo Ham (Beruas) dan V. Sivakumar (Batu Gajah) berkata Dewan Rakyat tidak sepatutnya menjadi “sekutu untuk menutup skandal rasuah” dan mendesak Pandikar meletak jawatan kerana menolak usul berkaitan 1MDB dan isu kapal mewah milik Jho Low.- MalaysiaGazette

Desak Pandikar letak jawatan cubaan alih isu

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast