Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kebanyakan perniagaan di Malaysia percaya pemeteraian Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perjanjian Trans-Pasifik (CPTPP) yang ditandatangani hari ini akan memberi impak positif kepada perniagaan mereka.

Menurut data baharu daripada kaji selidik perniagaan-perniagaan global, 63 peratus daripada firma-firma tempatan menjangkakan impak positif daripada perjanjian TPP versi baharu itu dalam tempoh dua tahun.

Ketua Perbankan Komersial HSBC Malaysia, Andrew Sill berkata, CPTPP adalah sebuah perjanjian yang besar dan berwawasan kepada Malaysia yang mana sangat penting kepada pertumbuhan, peluang pekerjan dan peningkatan taraf hidup rakyat pada masa hadapan.

“Sekarang adalah masa terbaik kepada syarikat swasta dan kerajaan untuk memberi fokus kepada pelaksaan CTPP bagi mencapat potensi penuhnya.

“Ia sangat memberangsangkan apabila melihat banyak perniagaan mengharapkan manfaat daripada pelaksanaannya,” katanya.

Daripada 11 negara yang menandatangani CPTPP, enam termasuk di dalam kaji selidik tersebut iaitu Australia, Kanada, Malaysia, Mexico, Singapura dan Vietnam.

Daripada 1,150 syarikat yang berpangkalan di negara-negara CPTPP yang di bawah kajian HSBC, hampir separuh daripadanya mengharapkan manfaat positif. – MalaysiaGazette