Dyana Sofya Mohd. Daud

PULAU PINANG  – Pasangan kontroversi yang juga ahli DAP, Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya Mohd. Daud dilaporkan akan bertunang di Ipoh, Perak esok.

Difahamkan, pertunangan Zairil yang juga Naib Pengerusi DAP serta Dyana Sofya yang merupakan bekas calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 2014 itu akan berlangsung di sebuah hotel dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Menurut sumber, pasangan itu bercadang melangsungkan pernikahan pada Jun depan iaitu selepas bulan puasa.

Desas-desus pertunangan Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dengan Dyana Sofya itu mula tersebar meluas menerusi media sosial hari ini namun kedua-dua mereka sehingga kini masih berdiam diri.

Kedua-dua mereka sebelum ini terpalit dengan kontroversi selepas foto dan video intim yang didakwa mirip mereka tersebar pada Oktober 2014 dan April tahun lalu.

Namun, kedua-dua mereka mengelak menjawab mengenai penyebaran gambar serta video itu malah Dyana Sofya dalam kenyataan di laman Facebook hanya menyifatkannya sebagai pencerobohan privasi utama dalam kehidupan seseorang.

Malah, Zairil ketika itu juga menafikan beliau merupakan individu yang menari mesra di dalam video yang  tersebar tersebut dan menyifatkannya sebagai mengarut.

Zairil sebelum ini berkahwin dengan Noor Dahlia Hamzah dan dikurniakan seorang cahaya mata namun menurut maklumat yang turut tular di media sosial, mereka dikatakan bercerai pada Oktober tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast