Semboyan Malaysia Yusuf Azmi assault foreigner
Yusuf Azmi

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menjelaskan kes aduan wanita yang mendakwa persatuan tidak telus menguruskan bayaran pinjamannya kepada ah long di bawah kendalian Risk Group Consultancy.

Aktivis Kanan PPIM Muhammad Zharif Johor berkata, konsultan itu diuruskan oleh Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi.

“Kami akan menjalankan siasatan terperinci dan akan meneliti sekiranya terdapat unsur sabotaj atau sebaliknya.

“Kami yakin Yusuf akan mengambil tanggungjawab dan menyelesaikan dakwaan tersebut dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Peguam PPIM, Mohd. Fadhly Yaakob berkata, usaha telah dijalankan oleh Biro-Biro Undang untuk berbincang dengan pengadu tersebut namun menemui jalan buntu.

Jelas beliau, ini kerana wanita berkenaan tidak hadir dalam sesi perbincangan hari ini.

Kelmarin, seorang wanita menuntut PPIM membayar semula wang pinjaman ah long yang dibuat kepada persatuan itu berjumlah RM160,000.

Wanita yang enggan dikenali itu mendakwa, sejak Disember tahun lalu dia sudah membuat empat pembayaran sebanyak RM250,000 kepada PPIM yang menjadi orang tengah mengendalikan urusan pinjamannya kepada ah long.

Pekerja sektor swasta itu mendakwa dia mula berasa musykil sejak Januari lalu selepas sukar mendapat resit pembayaran daripada PPIM.

“Saya sudah beberapa bertemu wakil PPIM dan sering menerima pelbagai alasan serta dimaklumkan kepadanya semua bayaran sudah dijelaskan kepada ah long.

“Alasan yang diterima apabila tiada resit transaksi bank dibuat dan bayaran dibuat secara manual dan runner.

“Namun saya menemui bukti transaksi bank apabila PPIM hanya baru membuat bayaran RM90,000 baru-baru ini sahaja selepas saya mendesak banyak kali tentang resit.

“Jadi saya pelik ke mana baki RM160,000 itu pergi? Pada masa sama, saya masih diganggu beberapa ah long lagi,” katanya di luar pejabat PPIM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast