Sergio Aguero. Foto The Sun.

MANCHESTER – Manchester City kini berdepan masalah di bahagian serangan apabila penyerang berbisanya, Sergio Aguero akan terlepas kunjungan ke Stoke bagi aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi esok kerana kecederaan lutut.

Pemain antarabangsa Argentina itu akan diketepikan selama dua minggu dan dijangka kembali beraksi menentang Everton pada 31 Mac ini.

“Ketika latihan semalam saya berasa tidak selesa di lutut kiri saya,” tulis Aguero dalam akaun Twitter rasminya.

“Doktor kelab memberitahu saya akan kembali bersama pasukan kira-kira dua minggu lagi. Kini masanya untuk sembuh sepenuhnya!”

Aguero juga dijangka belum pasti dapat beraksi dalam perlawanan persahabatan Argentina menjelang Piala Dunia menentang Itali dan Sepanyol masing-masing pada 23 dan 27 Mac ini.

Pemain berusia 29 tahun itu sedang memburu gol ke-200 buat kelab itu selepas menjaringkan 30 gol setakat ini musim ini.

City akan bertandang ke gelanggang lawan sebagai pendahulu liga dengan 78 mata selepas 29 perlawanan menentang Stoke yang bergelut di zon penyingkiran di tangga ke-19.

Stoke City dibelasah City 2-7 di Stadium Etihad pada pertemuan awal Oktober lalu kini di bawah kendalian pengurus baru, Paul Lambert. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast