Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kad keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada Ahli baru PPBM, Maszlee Malik pada sidang media di Galeri PPBM Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Selangor. foto AQIRA AZEMI, 12 MAC 2018.

PETALING JAYA – Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan penyertaannya sebagai ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Penyertaannya itu menurutnya seiring dengan fungsi parti itu dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan ketakutan pengundi Melayu terhadap gabungan pembangkang.

“Kehadiran PPBM yang mewakili suara Melayu terutamanya di keberadaan Tun M dan dibantu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz telah membawa perubahan signifikan terhadap persepsi majoriti melayu terhadap pembangkang lebih spesifik kepada PH.

“PBM mempunyai tugas yang unik dan penting di dalam memadamkan skeptik dan ketakutan sebahagian melayu terhadap Pakatan Harapan,” katanya ketika sidang media PPBM di ibu pejabatnya.

Beliau bagaimanapun tidak mengharapkan apa-apa jawatan dan pencalonan pada Pilihan Raya Umm Ke-14 (PRU14).

“Setakat ini saya ingin membantu untuk mengukuhkan parti segalanya saya putuskan kepada parti jikalauitu yang diminta oleh parti saya menurut perintah,” tambahnya.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pada itu memberi gambaran bahawa Maszlee bakal dilantik mengganggotai biro dalam parti itu namun berkata, keputusan belum dimuktamadkan.

“Kita sudah tubuhkan beberapa biro jadi yang penting adalah penglibatan beliau dalam mana-mana satu biro sama ada biro dasar atau biro strategi ataupun membantu dalam gerakan mana-mana dakwah dan ceramah terutama dalam kita menghadapi persiapan pilihan raya beliau akan turun ke akar umbi,” kata Muhyiddin. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast