oil
Gambar hiasan loji petrokimia

KUALA LUMPUR – Sektor petrokimia sedang mendapat permintaan tinggi daripada industri walaupun berhadapan dengan bekalan terhad.

Ini menjadikannya sebuah sektor yang menghasilkan margin keuntungan yang baik, kata Maybank Investment Bank (IB) Research.

Dalam laporan penyelidikan industri, Maybank IB Research berkata, pada suku pertama tahun ini, sektor tersebut mengalami pertumbuhan luar biasa disebabkan banyak pengeluar petrokimia di Asia Barat memberhentikan pengeluaran dalam tempoh yang panjang sehingga menyebabkan bekalan global semakin berkurangan.

Ini diburukkan lagi apabila pengeluar-pengeluar China menambah stok sebelum perayaan Tahun Baharu Cina yang lalu di samping langkah kerajaan republik itu mengurangkan pencemaran udara menyebabkan banyak pengeluar tempatan yang menggunakan teknologi lama terpaksa menutup operasi mereka.

Ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport produk petrokimia daripada luar.

Menurut firma penyeledikan itu, harga bagi kesemua petrokimia utama meningkat tahun ini dengan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) berada dalam paras kukuh.

“Harga naphta meningkat sejak November 2017 sejajar dengan peningkatan harga minyak mentah,” katanya.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast