LONDON – Mauricio Pellegrino dipecat Southampton selepas mencatat hanya satu kemenangan dalam aksi Liga Perdana Inggeris sejak November lalu.
Pemilik kelab the Saints mengambil langkah memecat jurulatih berusia 46 tahun itu bagi menyelamatkan kelab itu.
Pellegrino mengikat kontrak selama tiga tahun bersama the Saints dan kelab itu telah memberikan segala kebebasan kepada pengurus tersebut untuk menstruktur semula pasukan kembali bersaingan dalam EPL.
Tetapi kekalahan 3-0 kepada Newcastle pada hujung minggu lepas mengubah fikiran pengasas kelab itu.
Pengerusinya, Ralph Krueger mahu memberikan masa secukupnya kepada pengurus warga Argentina itu membuktikan kebolehannya.
Kini the Saints sedang pengganti untuk mengisi kekosongan kejurulatihan kelab itu dengan hanya berbaki lapan perlawanan sebelum EPL menutup tirai.
Bekas Pengurus Watford City, Marco Silva disenarai pendek untuk tugas itu.
“Kelab Bola Sepak Southampton mengesahkan bahawa ia telah merehatkan pengurus skuad pertama Mauricio Pellegrino.
“Penolong Pengurus Carlos Compagnucci dan Assistant FirstTeam Coach Xavier Tamarit juga sudah meninggalkan kelab.
” Kami merakamkan penghargaan kepada Mauricio, Carlos dan Xavier atas sumbangan mereka sepanjang bersama Southampton.
“Kelab akan melantik pengurus baharu dalam masa terdekat dan usaha pencarian penggantinya sudah dimulakan,” kata kenyataan rasmi kelab itu hari ini. – MalaysiaGazette