Home Dunia 138 kes gangguan seksual oleh anggota PBB

138 kes gangguan seksual oleh anggota PBB

Antonio Guterres

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres melahirkan kekecewaan serta  gusar dengan dakwaan penderaan seks serta eksploitasi anggota pengaman badan dunia itu pada tahun lalu.

Laporan yang di keluarkan semalam mendakwa, walaupun terdapat penurunan ketara berbanding tahun-tahun sebelum itu, namun aduan itu masih ada.

Menurut Gutteres, beliau akan sedaya upaya melakukan yang terbaik bagi memastikan dakwaan sebegini tidak lagi wujud pada masa akan datang.

“Tidak ada seorang pun yang dibenarkan menyertai mana-mana misi pengaman dengan memegang sebarang rekod dakwaan serta penderaan seksual dan kami sangat serius tentang perkara ini,” ujarnya.

Ada penurunan ketara dalam dakwaan yang direkodkan ‘Misi Penstabilan Multidimensi Bersepadu Tengah (MINUSCA) di Republik Afrika Tengah iaitu 19 tahun lalu berbanding 52 pada 2016.

Republik Afrika Tengah bergelut dalam perang saudara sejak 2013 selepas bekas Presiden, Francois Bozize diguling oleh pemberontak dari pakatan Seleka.

Seramai 12,500 anggota pengaman MINUSCA bertugas di Republik Afrika Tengah bagi melindungi orang awam daripada kumpulan bersenjata namun sentiasa terpalit dengan dakwaan penderaan seksual.

MINUSCA digegarkan dengan siri dakwaan penderaan seksual yang membawa kepada pemecatan komander misi pada 2015 dan penghantaran balik kontinjen yang berhadapan tuduhan berulang kali.

Guterres berikrar PBB akan bertindak balas tegas terhadap dakwaan salah laku pasukan pengamannya dan kakitangan badan dunia itu yang misinya bertanggungjawab melindungi penduduk awam di zon konflik. – MalaysiaGazette