Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke 40 PNB dan Perjumpaan dengan Warga PNB di Perkarangan PNB, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 15 MAC 2018.

KUALA LUMPUR – Banyak lagi perkara pelik yang akan terjadi dan berita palsu yang akan disebarkan menjelang pilihan raya umum yang akan datang, nasihat Perdana Menteri.

Justeru Datuk Seri Najib Razak menyeru warga Pemodalan Nasional Berhad (PNB) supaya tidak terpedaya dengan berita palsu mengenai keadaan ekonomi negara yang kini gawat.

Menurutnya, parti pembangkang akan menggunakan peluang menjelang pilihan raya umum ini untuk menyebarkan fitnah terhadap kerajaan yang memerintah demi untuk ‘menakut-nakutkan’ rakyat.

“Kebelakangan ini, kita selalu dengar berita bahawa kononnya negara kita ini bankrap. Ini salah satu daripada banyak lagi berita palsu dan fitnah tentang Kerajaan yang sering disebarkan oleh puak-puak di sebelah sana untuk menakut-nakutkan rakyat

“Dan kita janganlah percaya apa yang disebut berita palsu hari ini terutama ini ‘silly season’ benda yang pelik-pelik timbul sebulan dua sampailah hari raya yang ditunggu nanti cerita yang pelik termasuk Malaysia bankrap,” ujarnya ketika berucap di hadapan lebih kurang 1,500 warga PNB sempena Hari Ulang Tahun Ke-40 agensi itu petang ini.

Najib dalam masa berkata, hakikat sebenar keadaan ekonomi negara tidak seperti yang gembar-gemburkan dan ia terbukti menerusi perkembangan ekonomi negara.

Katanya lagi, kejayaan PNB dalam mengumpul aset sebanyak RM279 sejak ditubuhkan juga bukti dakwaan negara akan muflis sama sekali tidak benar.

“Ekonomi Malaysia pada tahun lalu sahaja telah berkembang sebanyak 5.9 peratus, antara perkembangan yang tertinggi di dunia. Kalau negara kita ini bankrap, takkan lah agensi penarafan antarabangsa berterusan memberi kita rating A.

“Kalau ekonomi kita ini bankrap, mana mungkin PNB boleh berkembang dan mengagihkan pendapatan kompetitif secara berterusan.

“Mana mungkin rakyat dapat melabur dalam unit-unit amanah PNB jika pendapatan mereka tidak meningkat. Syarikat-syarikat pelaburan PNB juga tidak mungkin mendapat keuntungan besar sekiranya ekonomi negara terbantut,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast