BARCELONA – Selepas dibelasah 0-3 oleh Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi, penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois tampil memohon maaf kepada penyokong kelab itu.
Dia mengakui membuat kesilapan mudah menyebabkan Chelsea gagal ke suku akhir.
“Saya tidak jangka Messi akan melakukan dari sudut yang begitu sempit untuk gol pertama. Saya lambat menutup ruang dengan kaki dan itu kesilapan saya.
“Mereka juga menjaringkan gol hasil daripada kesilapan kami walaupun Chelsea tampil dengan baik. Kami menggegarkan palang sebanyak dua kali dan jelas sekali kami tidak bernasib baik.
“Untuk penjaga gol seperti saya, agak sukar untuknya menjaringkan gol dari jarak dua meter dalam keadaan sebegitu tetapi saya terpaksa melaluinya,” kata pemain berusia 25 tahun itu.
Dalam aksi pusingan kedua di Camp Nou itu, bintang Argentina, Lionel Messi menjaringkan gol melalui celah kaki penjaga gol Belgium itu sebanyak dua kali.
The Blues seri 1-1 dengan Barcelona pada pusingan pertama di London. – MalaysiaGazette