KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan saguhati istimewa sebanyak RM2,000 kepada semua warga Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Beliau mengumumkannya pada majlis sambutan Ulang Tahun PNB yang Ke-40 sebagai penghargaan kepada semua kakitangan agensi itu.
“Untuk menyambut 40 tahun ini bukan senang bukan selalu sambut maka sempena ini saya ingin mengumumkan saguhati istimewa sebanyak RM2,000 untuk setiap warga PNB pemberian ini akan dilaskanakan pada bulan Mei ini,” katanya di perkarangan menara PNB.
Perdana Menteri selain itu mengucapkan tahniah kepada PNB yang berjaya kekal sejak 1978 dalam masa yang sama menjadi penyumpang kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) negara.
“Kejayaan PNB juga boleh diukur dari sudut menjayakan dasar induk kerajaan bermula dasar ekonomi baru khusus dari aspek pengagihan kekayaan negara instrumennya.
“Sebab itulah hari ini kita juga menyambut keayaan dasar-dasar induk kerajaan untuk menentukan masyarakat yang lebih adil dan saksama,” tambah beliau. -MalaysiaGazette