KUALA LUMPUR – Watak yang dibawa oleh Zarul dalam drama bersiri Syurga Yang Kedua sebagai suami yang mengamalkan poligami mengundang padah kepada dirinya.
Jelasnya ini kerana Zarul mendedahkan menerima godaan daripada peminat walaupun mengetahui dirinya sudah berumah tangga. Tidak terus melatah, penyanyi kumpulan Umbrella itu walaubagaimanapun menganggap ‘godaan’ itu hanya gurauan semata-mata.
“Saya anggap semua itu sebagai gurauan budak-budak saja. Mungkin disebabkan kebelakangan ini saya mula memuatnaik gambar bersama isteri, jadi ada yang berkata, mereka tetap nak cuba walaupun saya sudah berkahwin,” katanya.
Dalam Syurga Yang Kedua, Slot Tiara yang ditayangkan di Astro Prima Zarul memegang watak suami kepada dua bintang jelita, Elizad Sharifuddin dan Fasha Sandha.
Berkongsi tentang perkembangan terkini Zarul memaklumkan akan melancarkan single terbaru karya ciptaan Aepul Drama Band pada 3 April nanti. -MalaysiaGazette