BENTONG – Khidmat dan sumbangan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih diperlukan untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan bola sepak negara.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, tidak ada individu lain yang lebih layak untuk menggantikan tempat itu kerana wawasan serta peranan baginda dalam sukan itu amat besar dan tidak boleh dijayakan sekiranya Tunku Ismail tidak berada dalam FAM.

“Baginda tidak boleh meninggalkan sukan bola sepak kebangsaan … saya diberitahu oleh beberapa penaja utama bahawa tanpa kepimpinan Tunku Ismail mereka (pelabur) tidak akan melabur untuk bola sepak.

“Jadi bagi saya tidak ada orang lain yang boleh yakinkan pelabur melainkan Tunku Ismail … kalau negeri dan kelab ingin mendapat habuan dan peruntukan lebih besar yang sebelum ini tidak pernah diberi maka mereka perlu meyakinkan TMJ untuk terus bersama bola sepak kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Fit Malaysia Peringkat Negeri Pahang di Dataran Tras, Bentong di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Anggota Parlimen Bentong yang juga Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast