Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (kanan) beramah mesra dengan penerima sumbangan Touch Point pada Siri Jelajah SEBENARNYA.MY di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Cochrane Perkasa, Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 17 MAC 2018.

KUALA LUMPUR – Individu yang gemar menyebarkan berita palsu dan akhirnya mencetuskan kontreversi perlu dikenakan tindakan tegas, kata Menteri Kewangan II Datuk Seti Johari Abdul Ghani.

Jelasnya, tindakan undang-undang yang cepat dan tangkas adalah usaha yang perlu dilakukan secara konsisten untuk mengawal penularan berita palsu.

“Kita mesti ambil tindakan kepada individu yang suka menyebarkan berita palsu yang mencetuskan kontroversi kalau kita tidak ambil tindakan benda ini akan menjadi besar dan susah nak kawal,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Siri Jelajah Sebenarnya.my di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, fitnah media bukan sahaja boleh mendatangkan kerugian kepada negara malah akhirnya memberi kesan kepada rakyat apabila berlakunya ketidakstabilan dari pelbagai aspek yang berpunca daripada penularan berita palsu.

Oleh sebab itu beliau berpendirian bahawa kempen perangi fitnah media sebagai yang penting bagi menangani masalah yang kini dihadapi dalam negara.

“Kempen Tak Pasti Jangan Kongsi adalah kempen yang sangat bermakna berguna kepada negara kerana dengan amalan kita menghantar berita palsu sebenarnya boleh merosakkan individu merosakkan negara dan boleh merosakkan ekonomi negara.

“Jadi apabila ekonomi negara rosak negara tidak stabil, individu akan mendapat kerugian akhirnya rakyat menerima kesannya sebab itu jadi konsep kita menyedarkan rakyat supaya bila kita baca benda yang kita tak pasti semak jangan edarkan,” ujar beliau.

Beliau ketika berucap terdahulu berkata bahawa penyebaran berita palsu kini bukan hanya membimbangkan di Malaysia sahaja bahkan juga menjadi masalah global.

“Apabila berita palsu disebarkan di Internet menjadi permainan dan kesukaan tidak kira apa iua niat ia masih dikira perbuatan berdosa dan haru dikutuk kerana bukan sahaja boleh meruntuhkan keruntuhan individu dan kestabilan negara.

“Bukan sahaja negara kita menghadapi masalah ini negara maju seperti Perancis, Jerman dan Britain turut memeranginya justeru kita sebagai rakyat Malaysia perlu memperkasakan lagi bagi menuju ke arah melahirkan warga digital yang bertanggungjawab deni ksejahteraan dan kemakmuran negara pd masa depan,” kata Ahli Parlimen Titiwangsa itu lagi. -MalaysiaGazette