pelakon tempatan berusia 25 tahun ditahan miliki dadah di TTDI
Artis pelakon wanita popular tempatan dicekup miliki dadah

KUALA LUMPUR – Seorang wanita tukang bersih ditikam anak sendiri yang berkeras tidak mahu makan ubat.

Kejadian dilaporkan berlaku semalam kira-kira jam 7.45 pagi di kediaman mangsa di Jalan Batu Bata Off Jalan Tun Razak di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, semasa kejadian mangsa Ong Bee Leng, 52, meminta anak lelakinya, Chan Keng Yew, 33, makan ubatnya.

Suspek yang tidak bekerja dikatakan tidak memakan ubat selama tiga hari berturut-turut menyebabkan mangsa cuba memujuknya.

Gara-gara tidak tahan dengan paksaan ibunya, suspek telah mengambil pisau memotong buah dan menikam mangsa di dada kanan.

“Pegawai penyiasat Insp. Nurfarah Afiqah Binti Mohd Taufekh yang bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima aduan mendapati suspek berada di ruang tamu rumah seorang diri manakala mangsa sudah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut oleh jirannya yang mendengar dan bergegas membantu mangsa.

“Suspek juga dikatakan dalam keadaan agresif cuba mengacu pisau ke arah polis sebelum polis melepaskan sedas tembakan taser dan menahan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, suspek mengalami luka kecil akibat tertikam diri sendiri sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulans untuk rawatan lanjut pada jam 9.46 pagi.

Kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Pemeriksaan ke atas kad rawatan suspek mendapati lelaki itu menerima rawatan terakhir pada 15 Mac lalu dan rawatan seterusnya pada 1 Mei ini.

“Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa, ibu suspek mengalami kecederaan di bahagian dada kiri akibat tikaman dengan objek tajam pada kedalaman 2 sm dan 4 sm panjang dan menerima enam jahitan, keadaannya stabil.

“Suspek pula mengalami kecederaan di bahagian dada kiri akibat tikaman dengan objek tajam dilakukan olehnya sendiri.

“Pisau sepanjang 12 sm yang digunakan suspek menyerang ibunya berjaya dirampas polis. Suspek dan mangsa masih lagi berada di zon merah HKL untuk menerima rawatan namun kedua-duanya berada di dalam keadaan stabil.

Mangsa dan tidak dibenar disoal siasat polis oleh doktor sehingga rawatan selesai. Polisjuga mendapati tiada sebarang rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di rumah kejadian,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast